“Kita bersedia untuk sebarang keadaan dan musuh akan memahami perkara ini,” katanya dalam satu majlis bersama tentera di sini semalam.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas pesawat perang Israel melakukan kira-kira dua sera­ngan udara di Gaza yang mence­derakan beberapa penduduk awam.

Tindakan tersebut dilakukan sebagai tindak balas terhadap sera­ngan roket dan mortar yang didakwa dilakukan oleh pihak Palestin.

Menurut Hamas, serangan roket dan mortar adalah sebagai ‘balasan’ terhadap sera­ngan udara Israel di Gaza.

Hamas turut menekankan bahawa gerakan menentang itu sah untuk membalas dendam sebarang tindakan pencerobohan.

“Persamaannya adalah, pengeboman dibalas pengeboman,” tegas mereka.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 133 rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran sejak demonstrasi besar-besaran berlaku sepanjang sempadan Gaza pada 30 Mac lalu.

Bagaimanapun, tiada rakyat Israel yang terkorban dalam pertempuran tersebut.

Terdahulu, seorang penduduk Palestin yang ditembak tentera rejim pada bulan lalu ketika menyertai demonstrasi di sempadan Gaza dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan.

“Mohammed Ghassan Abu Daqqa meninggal dunia, petang semalam akibat kecederaan yang dialaminya selepas ditembak oleh rejim Zionis di Khan Yunis bulan lalu,” jelas Kementerian Kesihatan di wilayah yang dikuasai Hamas. – AFP/AGENSI