Menurut portal Oddity Central, robot seberat 0.9 kilogram yang dinamakan Qoobo itu diperkenalkan oleh syarikat Yukai Engineering Co. pada pameran perdagangan teknologi CEATEC 2017 baru-baru ini.

Ciri utama robot itu, ekornya dapat menghasilkan gerakan berbeza bergantung kepada cara pemilik menyentuhnya, bahkan mampu bergetar dan mengeluarkan bunyian manja seperti seekor kucing apabila diusap dan dibelai.

Salah seorang perekanya mengakui mendapat ilham mencipta Qoobo kira-kira enam bulan yang lalu, apabila terpaksa meninggalkan kucing kesayangan di rumah ibu bapanya, kerana pemilik pangsapurinya tidak membenarkan penyewa memiliki haiwan peliharaan.

Walaupun kelihatan seperti kucing, Ketua Pegawai Eksekutif Yukai Engineering Co., Shunsuke Aoki memberitahu, pergerakan ekor Qoobo sebenarnya direka berdasarkan penyelidikan terhadap kucing.

Jelasnya, robot tersebut didatangkan dengan dua warna serta dilengkapi bateri cas semula dan dijangka dijual pada harga sekitar AS$100 (RM423) mulai tahun depan.