Menurut polis tempatan dalam kenyataannya, suspek yang ditahan ketika cuba melarikan diri juga membuat cemuhan rasis.

“Pihak penyiasat mengesyaki serangan sengaja itu kemungkinan berkaitan dengan pandangan xenofobia suspek.

“Sebagai tambahan, penyiasat sedang mendapatkan maklumat mengenai kesihatan mental suspek,” katanya.

Serangan itu berlaku pada tengah malam ambang tahun baharu di Bottrop menyebabkan warga Syria dan Afghanistan antara yang mengalami kecederaan. - REUTERS