Menurut Ketua Kemanusiaan PBB, Mark Lowcock, beliau melihat beberapa kawasan di negara itu memerlukan bantuan ketika kunjungan pertamanya ke Korea Utara sejak 2011.

“Lebih separuh daripada kanak-kanak di kawasan luar bandar, termasuk beberapa tempat yang kami telah kunjungi, tidak mempunyai bekalan air bersih,” katanya.

Tambah Lowcock, kira-kira 20 peratus kanak-kanak di Korea Utara mengalami masalah kebuluran. - REUTERS