Suruhanjaya Pilihan Raya rantau itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah memutuskan untuk menangguhkan sementara persiapan bagi pilihan raya yang ditetapkan pada 1 November ini ekoran krisis yang semakin memuncak.

Tentera kerajaan Iraq semalam mengesahkan telah menawan semula hampir semua kawasan yang dipertikaikan antara Baghdad dan wilayah autonomi Kurdistan daripada tentera Pershmerga sebagai tindak balas kepada referendum kemerdekaan berautonomi Kurdis di utara Iraq pada 25 September lalu. - AFP