Menurut Colin Tankard seperti dipetik oleh portal This Is Money, penggodam menggunakan sebuah peranti berharga 200 pound (RM1,027) yang direka untuk meniru isyarat WiFi yang ingin digunakan oleh orang ramai.

Jelas Tankard, isyarat WiFi itu sebenarnya adalah palsu dan orang ramai tidak menye­dari mereka menggunakan perkhidmatan internet yang ‘disediakan’ oleh penggodam.

Melalui cara berkenaan, penggodam dapat melihat segala bentuk urusan yang dilakukan oleh seseorang individu dalam komputernya termasuk transaksi pembe­lian melibatkan kad kredit dan kata laluan rahsia.

Selepas memperoleh segala maklumat seseorang individu itu, penggodam akan mula menghantar e-mel ‘scam’ kepada mangsa.

Tambah Tankard, hotel dan kafe menjadi sasaran penggodam kerana tempat-tempat seperti itu menyediakan kemudahan WiFi percuma serta mudah diakses oleh orang ramai.