Laporan itu menjelaskan, tindakan dilakukan selepas sera­ngan mortar dilancarkan kumpulan dikaitkan dengan Iran ke atas kuarters diplomatik Baghdad yang menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

ROB MANNING
ROB MANNING 

WSJ melaporkan, Majlis Kese­lamatan Kebangsaan (NSC) White House bagaimanapun bercadang mengemukakan pe­rancangan tin­dak balas tegas AS susulan serangan tersebut termasuk pilihan sera­ngan terhadap Iran.

“Ini sudah tentu membimbangkan rakyat. Ti­dak masuk akal betapa beraninya mereka mahu menyerang Iran,” kata seorang bekas pegawai kanan pentadbiran AS kepada WSJ.

Walaupun Jabatan Pertaha­nan menyediakan cada­ngan untuk kemungkinan melan­car­kan serangan itu, WSJ mendakwa, tidak jelas jika perkara itu diserahkan kepada White House.

Dalam satu mesyuarat NSC, Timbalan Penasihat Keselamatan Kebangsaan ketika itu, Mira Ricardel menyifatkan serangan di Iraq sebagai ‘tindakan perang’.

“Jabatan Pertaha­nan adalah organi­sa­si yang menyediakan perancangan kepada Presi­den mengenai tindakan ketente­raan untuk menghadapi pelbagai ancaman,” kata jurucakap Pentagon, Kolonel Rob Manning.

Beliau memberitahu, tugas Pentagon termasuk menyemak dan mengemaskinikan pelan dan aktiviti menangani siri ancaman termasuk dari Iran, untuk menghalang dan jika perlu, melakukan tindak balas. – AFP