Perkembangan itu disahkan Timbalan Presiden, Bahagian Polisi dan Komunikasi WhatsApp, Victoria Grand.

“Pihak kami mengurangkan had perkongsian kepada lima penerima dalam satu masa bermula hari ini,” katanya ketika berucap dalam majlis diadakan di sini.

Penguatkuasaan sama dilaksanakan WhatsApp kepada pengguna di India bermula Julai tahun lalu selepas berleluasanya jenayah pembunuhan yang tercetus ekoran berita palsu dalam media sosial di negara itu.

Pemberitahuan bagi naik taraf untuk pengaktifan had penghantaran itu akan disebarkan kepada pengguna seluruh dunia secara berperingkat bermula hari ini.

Naik taraf akan dilakukan kepada pengguna Android dan kemudian disusuli Apple iOS.-AGENSI