Dalam satu wawancara bersama akhbar Al Quds, Kushner turut ditanya mengenai keupayaannya untuk menjalankan usaha damai tersebut dan memberitahu bahawa pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.

“Jika Mahmoud sudi untuk berunding dengan kami, Washington sudah bersedia untuk menerimanya dan jika beliau tidak bersetuju, kami akan terus mengumumkan pelan berkenaan,” katanya yang kini berada di Palestin bagi melakukan lawatan kerja. – REUTERS