Menurut majalah itu, Claas Relotius, 33, membuat berita palsu dan mencipta watak protagonis sekurang-kurangnya 14 daripada 60 artikel yang dimuatkan dalam bentuk majalah online dan cetak.

Relotius telah mengakui penipuan itu dan meletakkan jawatannya setelah tujuh tahun menulis bagi majalah berkenaan.

Dia telah memangi banyak anugerah bagi kewartawanan penyiasatan termasuk Wartawan CNN bagi 2014 malah awal bulan ini, dinobat sebagai Wartawan Jerman Tahun 2018 mengenai laporan anak muda Syria.

Penipuan itu disedari setelah rakan sekerjanya yang membuat berita bersama mengenai sempada Amerika Syarikat (AS) - Mexico mengesyaki sesuatu tidak kena pada laporan dibuat Relotius. - AFP