Galizia, 53, yang terkenal kerana lantang dalam penulisan beliau mengkritik pemimpin politik negara ini dipercayai mungkin dibunuh kerana pendedahan yang dilakukan olehnya melalui sebuah blog milik wartawan itu.

Agensi tempatan melaporkan, sejam sebelum letupan itu, Galizia telah memuat naik sebuah status yang berbunyi; ‘terlalu ramai penyangak di luar sana dan mereka sudah semakin terdesak,’.

Galizia kemudian dipercayai telah menaiki keretanya dari rumah di utara Malta sebelum kenderaan itu meletup secara tiba-tiba dan melayang ke sebuah padang berdekatan lokasi tersebut.

Perdana Menteri Malta, Joseph Musca yang juga pernah menjadi mangsa penulisan Galizia turut mengutuk insiden itu dan berikrar untuk menjalankan siasatan secara telus bagi mengenalpasti dalang disebalik pembunuh kejam itu. - REUTERS