Portal Oddity Central melaporkan, lelaki itu telah mendapat lebih dari 15,000 panggilan dan mesej daripada orangg ramai di seluruh dunia sejak papan iklan dinaikkan pada 6 Mac lalu,

Anak-anak kepada Chris Ferry sering bergurau ketika mereka pergi ke restoran dengan memberitahu pelayan tentang hari jadinya supaya dapat melihat reaksi tidak selesa lelaki itu apabila mendapat kek.

Pada tahun ini, mereka membuat sesuatu yang baharu dengan menyewa papan iklan di luar Linwood dan meletakkan nombor telefon ayahnya dan mengajak orang ramai memberi ucapan selamat hari jadi.

Mereka menyangkakan tindakan itu hanya menjadi jenaka tempatan namun menjadi luar kawalan apabila ayahnya mula mendapat panggilan orang asing secara rawak selepas iklan tersebut menjadi tular, -AGENSI