Mirror melaporkan, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dijumpai mati bersama bayi lelaki yang dilahirkan di sebuah rumah yang baru disewa beberapa hari sebelum kejadian tersebut.

Pihak polis memberitahu Hindustan Times, wanita itu dijumpai jirannya sebelum memaklumkan kepada tuan rumah apabila melihat darah mengalir dari biliknya pada pagi tersebut.

Selepas pemilik rumah berkenaan memecahkan pintu, mereka menjumpai gunting, mata pisau dan benang berhampiran mayat berserta sebuah telefon pintar.

Itu yang mendedahkan dia sedang menonton video bagaimana cara untuk melahirkan bayi sendirian di YouTube. -AGENSI