Tribun melaporkan mangsa yang dikenali sebagai Deasy Tuwo, 44, merupakan pekerja syarikat Mutiara dipercayai tergelincir ke dalam sangkar buaya yang merupakan haiwan peliharaan pemilik syarikat warga Jepun tersebut.

“Dipercayai Deasy tergelincir ke dalam sangkar semasa mahu memberi makan kepada buaya tersebut. Kejadian itu merangsang haiwan tersebut untuk menyerang mangsa,” ujar sumber. -AGENSI