Metro melaporkan sebahagian badan wanita itu terperangkap dalam tong amal tersebut ketika ditemukan.

Menurut Global NewsAnggota bomba terpaksa memotong tong logam tersebut bagi mengeluarkan wanita tersebut namun usaha paramedik untuk menyelamatkan mangsa gagal dan dia disahkan mati di tempat kejadian.

Pihak berkuasa di Toronto percaya kematian tersebut adalah kemalangan dan tiada perkara yang mencurigakan, lapor CBC.

Identiti mangsa tidak didedahkan namun dilaporkan berusia 35 tahun.

Press Kanada melaporkan tong sumbangan pakaian tersebut dipanggil ‘perangkap kematian’ selepas tujuh orang Kanada mati selepas terperangkap dalamnya sejak 2015. -AGENSI