Branson dalam kenyataannya berkata, sekiranya laporan tentang kehilangan Jamal di Turki benar, perkara itu jelas akan mengubah minat Barat untuk mengadakan perniagaan de­ngan kerajaan Arab Saudi.

Beliau juga mengantung ke­anggotaannya sebagai pengarah dalam dua projek pelancongan Arab Saudi di Laut Merah atas alasan yang sama.

Sementara itu, Dana Pe­laburan Awam Arab Saudi belum memberi sebarang maklum balas terhadap kenyataan tersebut.

Tekanan terhadap Arab Saudi meningkat sejak 2 Oktober lalu berikutan kehilangan Jamal, pengkritik dasar negara ber­kenaan dan juga seorang wartawan di Washington Post.

Jamal kali terakhir dilihat ialah pada tarikh berkenaan ketika memasuki pejabat kedutaan Arab Saudi.

Pada tahun lalu, Arab Saudi memaklumkan rancangan pelaburan bernilai AS$1 bilion dalam syarikat angkasa milik Branson, Virgin Galactic, The Spaceship Company dan Virgin Orbit.

“Kami telah meminta lebih banyak maklumat dari pihak berkuasa Arab Saudi dan penjelasan mereka berhubung kehilangan Jamal,” kata Branson. – REUTERS