Projek terbabit dikenali sebagai Kitty Hawk, melancarkan mo­del Flyer yang disifatkan sebagai ‘langkah pertama untuk berkongsi kebebasan penerbangan’.

Syarikat berkenaan ditubuhkan pada tahun lalu di Mountain View, California dan telah me­nguji prototaip kereta tersebut di New Zealand.

Imej dan butiran kereta terbang tersebut boleh didapati di laman sesawang yang baru dilancarkan iaitu flyer.aero.

Ketua Eksekutif Kitty Hawk, Sebastian Thrun, yang mengasaskan makmal Google X seperti dipetik oleh CNN sebagai berkata, Flyer mudah dikawal seperti bermain permainan video Minecraft.

“Membangunkan Flyer yang mudah diakses, seperti yang kami lakukan di kemudahan latihan di Tasik Las Vegas, membantu orang ramai untuk merasai pengalaman kebebasan dan berkemungkinan kenderaan masa hadapan.

“Keutamaan kami adalah me­n­­jemput kumpulan kecil pelanggan, orang berpengaruh, media dan ahli komuniti untuk merasai kebebasan penerbangan di fasiliti latihan yang baharu dibuka,” kata jurucakap Kitty Hawk kepada AFP.

Orang ramai yang berminat untuk membeli Flyer dijemput membuat permohonan pembe­lian di laman flyers.aero.

Namun, pihak Kitty Hawk tidak menyatakan harga jualan kereta tersebut. – AFP