Mail Online melaporkan, pengeluar teknologi itu, Hover­surf telah membangunkan sebuah hoverbike satu tempat duduk yang dikawal sepenuh­nya oleh pemandu.

Hoverbike yang dinamakan sebagai Scorpion-3 itu menggabungkan rekaan sebuah motosikal standard dengan teknologi ‘drone quad-copter’ yang membolehkan pemandu mengendalikan kenderaan itu sama seperti menunggang sebuah motosikal.

Menurut Hoversurf, Scorpion-3 boleh menampung berat 120 kilogram ketika bergerak pada kelajuan 48 kilometer sejam dan mencapai altitud 10 meter.

‘Pesawat’ itu dilaporkan bo­leh terbang sehingga 27 minit dan mungkin dijual pada harga AS$150,000 (RM668,435).

Selain itu, hoverbike ber­kenaan turut dilengkapi meka­nisme keselamatan yang direka khas bagi membataskan kelajuan maksimum dan altitud bagi mencegah kemalangan.

Klip video yang disediakan Hoversurf merakamkan seorang penunggang memakai sut ke­selamatan menaiki hoverbike dan menghidupkan enjinnya.

Sebaik sahaja kipas hoverbike mencapai kelajuan yang diperlukan, sistem pengangkutan itu mula terbang dalam keadaan bahagian depannya sedikit condong ke bawah sebelum stabil sepenuhnya.