Guterres mendakwa Myanmar sengaja melengah-lengahkan proses tersebut dan tinda­kan itu amat menge­cewakan.

“Kami mene­gaskan supaya satu syarat perlu diadakan untuk memastikan pela­rian Rohingya sedia pulang ke Ra­khine secara sukarela,” katanya.

Perkara itu disokong Duta Jerman ke PBB, Christoph Heusgen selepas mengadakan mesyu­arat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai hal berkenaan.

Jelasnya, perkembangan proses penghantaran ‘sangat terhad’ dan UNSC melahirkan kebimbangan berhubung perkara tersebut.

Kerajaan Myanmar pada bulan ini menangguhkan lawatan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pela­rian (UNHCR), Filippo Grandi ke Rakhine.

Wakil PBB, Christine Schraner Burge­ner dijangka meng­a­dakan run­dingan di Myanmar pada bulan ini dan melaporkan kepada UNSC berhubung langkah penyelesaian krisis etnik Rohingya.

Britain pada Disember lalu mengemukakan resolusi draf terhadap Myanmar bagi menggesa satu jangka tarikh ditetapkan untuk pihak berkuasa melancarkan strategi menyelesaikan krisis Rohingya. – AFP