Kajian itu didedahkan oleh laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Australia melibatkan 39 buah universiti di negara ini dengan lebih 30,000 pelajar bertindak sebagai responden.

Menurut kajian itu, kaum wa­nita seperti mana lelaki adalah tiga kali ganda berkemungkinan berdepan serangan seksual dan hampir dua kali ganda mungkin mengalaminya sama ada di kampus atau semasa majlis luar kampus yang dibenarkan institusi berkenaan.

“Data itu memberikan kesimpulan yang tidak dapat ditolak lagi bahawa insiden berkaitan serangan seksual dan gangguan seksual berlaku pada kadar yang tidak boleh diterima di universiti-universiti Australia,” kata Pesuruhjaya Diskriminasi Seks, Kate Jenkins.

Jenkins berkata, sesiapa sahaja boleh mengalami serangan seksual atau gangguan seksual dan berdasarkan data berkenaan, jelas wanita di universiti mengalaminya pada kadar yang lebih tinggi daripada lelaki.

Menurut kajian itu, hampir satu pertiga daripada gangguan itu berlaku di universiti atau di ruang pengajaran, manakala satu daripada lima serangan berlaku di sebuah universiti atau majlis sosial.

Universiti-universiti Australia mempunyai lebih daripada sejuta pelajar dan terkenal dalam pelajar-pelajar antarabangsa kebanyakannya dari China dan India.

Kebanyakan mangsa termasuk pelajar antarabangsa tidak melaporkan kejadian yang mereka alami dengan kebanyakan mang­sa mendakwa pihak universiti tidak menyediakan panduan yang jelas tentang apa yang harus mereka lakukan dan dimana mereka boleh merujuk untuk mendapatkan bantuan. – AFP