Lapor Daily Sabah, tindakan berkenaan bagaimanapun mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat Islam dan Yahudi di negara ini.

Parlimen Flemish sebulat suara meluluskan larangan penjualan dan penyembelihan da­ging halal pada Jun tahun lalu.

Langkah itu diambil susulan larangan serupa turut dipersetujui di wilayah Wallonia pada Mei tahun lalu dan bakal berkuat kuasa bermula Ogos.

Komuniti bukan Kristian melihat larangan itu merupakan ancaman terhadap agama selain memberi risiko kepada kehidupan mereka.

Menurut Pengerusi Persatuan Yahudi Eropah, Rabbi Menachem Margolin, larangan terbabit adalah sesuatu yang tidak baik bagi mereka.

Keputusan Parlimen itu pada awalnya akan dilaksanakan ke atas anak lembu dan walaupun tidak tertakluk kepada lembu dewasa susulan kekurangan infrastruktur teknikal, adalah wajib perlu mematikan haiwan berkenaan selepas disembelih.

Lembu akan turut dikenakan renjatan elektrik sebelum di­sembelih selepas kerajaan tempatan menyelesaikan isu teknikal berhubung perkara terbabit.

Sejak 2017, debat mengenai larangan penyembelihan haiwan mengikut kaedah Islam dan Yahudi telah meningkat, sementara pelbagai larangan dikenakan terhadap masyarakat Muslim serta Yahudi terus me­nerima banyak reaksi.

Seramai lima peratus penduduk Muslim dan 0.4 peratus Yahudi daripada jumlah populasi 11.5 juta orang tinggal di negara ini.

Isu mengharamkan penyembelihan secara halal juga dibangkitkan di negara Eropah lain se­perti Austria, Poland, Belanda dan Switzerland pada tahun lalu.