Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed Rashed al-Maktoum mengumumkan nama angkasawan berkenaan iaitu Hazza al-Mansouri, 34 dan Sultan al-Neyadi, 37.

Pada tahun lalu, Sheikh Mohammed berikrar akan menghantar empat angkasawan negara itu ke stesen berkenaan dalam tempoh lima tahun.

Menurut beliau, UAE telah memperuntukkan sebanyak 20 bilion dirham (RM22.1 bilion) bagi program angkasa lepas.

Program berkenaan akan menjadikan UAE sebagai antara empat negara Asia Barat yang menghantar manusia ke angkasa, selepas Arab Saudi pada 1985 dan Syria pada 1987. - AFP