UAE kini mempunyai dua angkasawan yang sedang menjalani latihan, dipilih daripada 4,000 calon.

Pihak berkuasa tempatan berkata keputusan memilih untuk salah seorang daripada angkasawan tersebut akan diputuskan pada Mei.

Kedua-dua calon angkasawan iaitu Hazza al-Mansouri, 35, dan Sultan al-Neyadi, 37, berkata, mereka berasa gembira melihat rakyat UAE di angkasa, tidak kira siapa yang terpilih nanti. - AFP