SEBUAH rumah di Malang, Indonesia dirobohkan selepas dikatakan menjadi punca kepada masalah rumah tangga sepasang suami isteri. AGENSI

Hal ini kerana, rumah tersebut didakwa menjadi ‘punca’ kepada keruntuhan rumah tangga sepasang suami isteri di sini.

Lapor Detik News, video tersebut dikongsi oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Yuni Rusmini dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Video berdurasi 21 minit dan 20 saat itu menunjukkan bagaimana rumah ber­kenaan dirobohkan, selain turut disaksikan penduduk tempatan.

Turut kedengaran sorakan penduduk ketika jentera berat mula merobohkan rumah itu.

Pengguna internet difahamkan bahawa rumah tersebut dirobohkan kerana seorang wanita berlaku curang di dalam kediaman itu ketika suaminya bekerja di luar daerah.

Malah, ada juga pengguna yang meninggalkan komen bertulis ‘inilah risiko jika mempunyai isteri cantik, sehingga rumah pun terpaksa dirobohkan’.

Namun, masih belum ada penjelasan mengapa rumah itu dirobohkan. – AGENSI