Apa yang berlaku itu dilihat sebagai satu penghinaan besar ter­hadap Trump yang didakwa mempunyai sifat amat sensitif dan nama jemputan dalam senarai itu dijangka tidak akan berubah.

Menurut sumber Pengurusan Diraja, walaupun nama jemputan dalam senarai masih belum diumumkan tetapi tiada sebab Trump perlu dijemput.

Berita tentang senarai nama jemputan itu tersebar selepas Trump mengumumkan tidak akan meme_nuhi jemputan negara untuk melawat United Kingdom (UK) bulan depan dan secara rasmi membuka pejabat kedutaan baharu AS di sini.

Pada bulan Disember lalu dalam rancangan Radio 4’s Today BBC, Putera Harry ditanya sama ada akan menjemput bilionair itu pada majlis perkahwinannya.

Putera Harry memaklumkan beliau dan Meghan masih belum menyusun senarai nama tetamu pada majlis yang akan diadakan pada bulan Mei ini berikutan laporan wujudnya perbalahan politik tentang kehadiran bekas Presiden AS, Barack Obama dan isteri, Michelle.

Ditanya sama beliau akan menjemput Obama, Harry hanya menjawab ‘Saya tidak tahu tentang itu’, lapor portal Mirror.

Putera Harry mempunyai hubungan rapat dengan Obama susulan kerjasama semasa Invictus Games iaitu acara sukan untuk veteran perang pada bulan September lalu.

Awal minggu ini, Trump didakwa akan mensabotaj perjanjian perdagangan Transatlantik Brexit dengan UK jika beliau tidak diundang ke majlis perkahwinan Harry.

Menurut penulis, Michael Wolff yang menulis buku sensasi Fire and Fury Presiden AS itu mempunyai pendirian politik yang menjengkelkan dan hanya menghormati hubungan istimewa itu jika beliau ‘memperoleh apa yang dimahukan’.

Kata beliau, Trump tidak suka dihina dan mahu menjadi tumpuan sepanjang masa.

Malah doktrin dasar luarnya mudah iaitu Britain perlu bergantung kuat padanya dan akur apa juga fantasi geopolitik yang dilaksanakan kemudian dana beliau akan memberi apa yang negara itu mahu jika perkara itu tidak menyakitkan hatinya.

“ni bukan membalas dendam tetapi pendekatan ‘engkau se­nangkan aku senangkan engkau,’’ kata Wolff.