Hafiz yang mempunyai ganjaran AS$10 juta oleh AS ditahan awal hari ini dalam serbuan dilakukan pasukan anti-terrorisme di Gujranwala.

Trump dalam kicauan akaun Twitter berkata, selepas 10 tahun pencarian, apa dikatakan ‘dalang’ serangan keganasan Mumbai telah ditangkap di Pakistan.

“Tekanan besar telah diberikan sejak dua tahun lalu untuk mencari dia,” katanya. - AFP