Menerusi Twitter, Trump mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan yang disumbangman oleh MacMaster dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang hebat.

MacMaster merupakan pegawai kerajaan AS terbaharu yang dipecat selepas Trump memecat beberapa pegawai di bawah pentadbirannya.

Minggu lepas menyaksikan Trump memecat Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson dan menggantikan tempat beliau dengan bekas Pengarah CIA, Mike Pompeo. - AGENSI