STEVE GOLDSTEIN

Tiada alasan diberikan atas pemecatan itu namun terdahulu Goldstein yang merupakan Timbalan Setiausaha Hal Ehwal dan Diplomasi Awam telah memberitahu wartawan bahawa Tillerson tidak menjangka akan dipecat.

Tindakan pemecatan Goldstein dibuat melalui notis singkat kerana beliau dijangka akan bertemu wartawan dalam tempoh sejam selepas pengumuman itu.

Selepas pengumuman pemecatan Tillerson, Goldstein melalui Twitter memberitahu bahawa Presiden Donald Trump tidak memanggil Tillerson sebelum pengumuman itu dan `tidak tahu’ sebab pemecatan itu.

Para pegawai White House dan Jabatan Negara mengesahkan Trump telah memutuskan untuk melepaskan Goldstein.

``Ini merupakan penghormatan dalam hidup saya dan saya sangat berterima kasih kepada Presiden dan Setiausaha atas peluang ini. Saya tidak sabar untuk berehat,’’ kata Goldstein. - AFP