Trump menjadi pemimpin luar pertama bertemu dengan Maharaja Naruhito yang baharu ditabalkan.

Beliau bersama isteri, Melania menaiki Air Force One di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo untuk kembali ke Washington dengan mengisi minyak di Alaska.

Mereka tiba pada Sabtu lalu dengan menyaksikan Trump bermain golf bersama Perdana Menteri Shinzo Abe, menyampaikan trofi gusti sumo dan menghadiri jamuan negara dengan Maharaja Naruhito.

Beliau mengakhiri lawatan dengan melawat pangkalan tentera laut AS. - AFP