Menurut seorang pegawai kanan AS, Trump mahu memastikan pasukan baharu tersebut dibentuk namun tarikh dan perincian tentang pertemuan dengan Korea Utara itu masih belum diumumkan.

Sementara itu, Presiden itu turut memaklumkan telah melantik Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo menggantikan bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson dengan manakala Gina Haspel akan mengetuai CIA.

Peletakan jawatan Tillerson telah menggegarkan kabinet Trump dan telah dijangka sejak Oktober lalu apabila terdapat laporan tentang keretakan hubungan antara Trump dan Tillerson, 65, yang melepaskan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Exxon Mobil untuk menyertai pentadbiran Trump.

``Mike Pompeo akan menjadi Setiausaha Negara baharu. Beliau akan melaksanakan tugas dengan cemerlang. Terima kasih Tillerson atas perkhidmatan anda. Gina Haspel akan dilantik sebagai Pengarah CIA yang baharu, wanita pertama dipilih memegang jawatan ini. Tahniah semua,’’ kata Trump melalui Twitter.

Trump secara terbuka telah beberapa kali mengenepikan initiatif diplomatik yang diusahakan Tillerson termasuk kenyataan bekas Setiausaha itu tentang hubungan Rusia dengan White House. - AFP/ Reuters

habis