"Saya tidak percaya empat anggota Kongres wanita itu mampu menyayangi negara kita. Mereka sepatutnya memohon maaf kepada AS dan Israel untuk semua perkara yang mereka cakapkan," ujar Trump menerusi Twitter.

Lapor Reuters, Trump mencetuskan kontroversi apabila mahu keempat-empat mereka pulang ke negara asal masing-masing, negara yang dilabelnya sebagai rosak dan banyak berlaku jenayah pada minggu lalu.

Trump yang mempunyai sejarah membuat kenyataan bersifat perkauman, sudah pasti merujuk kepada Ocasio-Cortez dan sekutunya iaitu Ilhan Omar dari Minnesota; Rashida Tlaib (Michigan) dan Ayanna Pressley (Massachusetts). - AGENSI