Trump dalam akaun twitternya berkata, hanya jenayah tinggi dan salah laku membolehkan pemecatan.

“Tiada jenayah yang dilakukan oleh saya (tiada konspirasi, tiada halangan) maka anda tidak boleh memecat.

“Ia hanya Demokrat yang komited dengan jenayah-jenayah, bukan Presiden Republikan anda! Situasi akhirnya berubah dalam usaha memburu (witch hunt)!,” katanya.

Laporan setebal 450 muka surat itu dikeluarkan minggu lalu mengesahkan ejen Rusia ada cuba campur tangan dalam pilihan raya 2016 untuk membantu Trump mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton termasuk mengodam akaun emel. - AFP