Trump dijangka bercakap mengenai program nuklear tersebut yang dikatakan akan ‘sangat berjaya’.

Mereka membuat susulan kepada pertemuan bersejarah di Singapura pada Jun tahun lalu dengan perbincangan empat mata selama 20 minit sebelum makan malam.

Perbincangan itu dijadualkan bersambung esok.

Sementara itu, Jong-un ‘yakin’ dengan hasil persidangan berkenaan.

“Saya yakin bahawa hasil yang akan dicapai kali ini akan diterima semua orang.

“Saya akan buat yang terbaik untuk merealisasikannya,” katanya kepada Trump. - AFP