Sebelum ini, dua insiden nahas membabitkan pesawat 737 MAX berlaku di Indonesia dan Ethiopia dalam tempoh lima bulan.

Kedua-dua insiden berlaku sejurus pesawat berlepas.

“Apa yang saya tahu mengenai penjenamaan, mungkin tidak tahu langsung (tetapi saya menjadi Presiden), tetapi sekiranya saya adalah Boeing, saya akan memperbaiki Boeing 737 MAX, menambah beberapa ciri-ciri baharu dan memberi nama baharu.

“Tiada produk pernah mengalami nasib seperti ini. Tetapi sekali lagi, apa yang saya tahu,” kata Trump menerusi Twitter. - AFP