Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Trump dibenar laksana, luaskan larangan kemasukan pelarian

WASHINGTON 13 Sept. – Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) membenarkan Presiden Donald Trump untuk melaksanakan dengan me­luaskan larangan kemasukan pelarian dari seluruh dunia daripada memasuki negara ini.

Al-Jazeera melaporkan, hakim Mahkamah Agung semalam meluluskan permintaan pentadbiran Trump untuk menghalang keputusan mahkamah rendah yang menurut Jabatan Kehakiman akan membenarkan kemasukan tambahan pelarian sehingga 24,000 orang sebelum Oktober.

Keputusan Mahkamah Agung itu memberi kejayaan sementara kepada Trump ketika mahkamah tinggi bersiap sedia mendengar satu perbicaraan utama tentang Perlembagaan perintah eksekutif kontroversi Trump pada Oktober ini.

Trump menandatangani perintah eksekutif yang disemak semula pada 6 Mac yang melarang kemasukan pelawat dari enam buah negara majoriti umat Islam iaitu Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yemen selama 90 hari dan menghalang kemasukan pelarian selama 120 hari.

Presiden Trump berhujah langkah itu perlu bagi mencegah sera­ngan pengganas dan membolehkan kerajaan melaksanakan prosedur penyelidikan lebih tegas.

Perintah eksekutif pada Mac itu merupakan susulan daripada satu arahan serupa yang lebih tegas pada Januari yang kemudian dicabar di mahkamah dan arahan terbabit digantung pada Februari,

Bagaimanapun pentadbiran Trump masih belum menyatakan sama ada mahu memperbaharui semula larangan itu, menjadikannya kekal atau memperluaskan larangan perjalanan kepada negara-negara lain.

Sejak diperkenalkan pada Mac, mahkamah AS mengehadkan skop perintah eksekutif yang disemak semula.

Mahkamah rendah memutuskan larangan itu bertentangan dengan undang-undang imigresen persekutuan dan Perlembagaan ketika mahkamah tinggi bersetuju untuk menyemak semula keputusan terbabit.

Dalam keputusan minggu lalu, Mahkamah Rayuan Sivil kesembilan AS berkata, datuk dan nenek, ibu saudara, bapa saudara dan sepupu penduduk sah negara itu dikecualikan daripada larangan perjalanan.

Jabatan Kehakiman memilih un­tuk merayu bahagian berkenaan keputusan itu.

Bagaimanapun, mahkamah itu turut memutuskan bahawa dasar pelarian Trump terlalu meluas dan mahkamah membenarkan kemasukan pelarian dari seluruh dunia jika mempunyai tawaran rasmi daripada agensi penempatan semula.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain