Donald Trump berucap semasa makan tengah hari di bilik Roosevelt, White House, Washington, semalam. - AFP

Namun para pegawainya mendakwa tiada sebarang bukti yang menunjukkan Korea Utara telah berbuat sedemikian.

``Mereka (Korea Utara) telah menghentikan penghantaran peluru berpandu termasuk peluru berpandu balistik. Mereka telah memusnahkan tapak ujian. Mereka telah meletupakan salah sebuah tapak besar malah sebenarnya empat tapak ujian terbesar.’’

``Namun perkara utama ialah pelucutan senjata nuklear sepenuhnya sudah bermula,’’ kata Trump semasa mesyuarat kabinet di White House semalam.

Tidak dapat dipastikan tapak ujian yang dimaksudkan Trump dan para pegawai AS yang sedia maklum tentang risikan tapak-tapak ujian peluru berpandu dan nuklear Korea Utara berkata, mereka tidak mempunyai bukti tentang pemusnahan tapak itu sejak pertemuan Trump dengan pemimpin negara berkenaan, Kim Jong-un pada 12 Jun lalu. - Reuters