Berbanding topeng muka kertas yang sering dibuang selepas digunakan, topeng tersebut yang diperbuat daripada plastik boleh digunakan setiap hari malah ‘tidak menyembunyikan wajah pe­ngguna’.

Pengasas syarikat 0202 memutuskan untuk menghasilkan topeng berkenaan selepas menjelajah dan menetap di bandar-bandar besar seluruh dunia.

Menurut portal Engadget yang dipetik Daily Mail, topeng tersebut bersaiz sebuah kamera dan lebih ringan daripada fon kepala namun syarikat itu bercadang untuk mengecilkan saiznya.

Berbanding topeng muka getah yang mengeluarkan bau akibat lembapan daripada mulut dan hidung, topeng hasil syarikat 0202 itu membenarkan udara beredar di bahagian muka melalui dua kipas di bahagian tepi topeng itu.

Alat penapis pada kipas akan membersihkan udara sebelum bertiup namun alat itu perlu ditukar setiap 40 jam bergantung kepada tahap pencemaran.

Kipas itu juga akan membersih­kan sebarang kabus pada plastik topeng berkenaan.

Lebih menarik, topeng tersebut mampu mencatat data pencemaran udara dari seluruh bandar penggunanya dan mampu menghasilkan peta pencemaran udara serta dijangka dijual dengan harga AS$100 (RM434).