TOM HARDY
TOM HARDY

Lapor Mail Online, bagaimanapun ‘aksi’ ter­sebut bukannya lakonan sebaliknya Hardy, 39, bertindak sedemikian ba­gi menangkap seorang pencuri basikal.

Hardy dilihat bagaikan ‘seorang adiwira di dalam filem’ ketika berlari melalui taman dan bangunan serta melompat melepasi tembok sebelum menangkap pencuri ber­kenaan.

Pelakon tersebut yang po­pular menerusi filem Mad Max, membawa pencuri itu ke arah perhentian bas sebelum memeriksa kad pengenalan suspek.

Seorang saksi, Arun Pullen, 22, berkata, dia seperti tidak percaya melihat Hardy berubah menjadi ‘penyelamat’ di dalam filem aksi ketika mengejar pencuri terbabit.

“Hardy bukanlah seorang lelaki yang anda bo­leh berbuat ‘main-main’. Saya rasa dia turut memeriksa kad pe­ngenalan pencuri tersebut sebelum polis datang,” kata­nya.

Menurut laporan The Sun, dua lelaki dikatakan me­nunggang basikal yang dicuri dan telah me­rempuh sebuah kereta Mercedes.

Seorang suspek telah ditahan polis manakala seorang lagi diberkas oleh Hardy ketika cuba melarikan diri.