Difahamkan, dua daripada tiga mangsa itu mati dihempap pokok dalam dua kejadian berasingan manakala kes ketiga berlaku di Ravensdale, utara Dundalk, kira-kira beberapa kilometer (km) daripada sempadan Ireland Utara.

Menurut pakar kaji cuaca, Ophelia merupakan taufan terkuat direkodkan di timur Atlantik setakat ini dan yang pertama menyerang sehingga ke bahagian utara sejak tahun 1939. -AFP