Lebih biadab, kumpulan anti-Islam itu turut membakar senaskhah al-Quran di sebuah masjid di Bremen, yang terletak di barat laut Jerman.

Daily Sabah yang memetik seorang pemimpin masyarakat tempatan, Mustafa Köse sebagai berkata, selain itu, kumpulan terbabit turut melemparkan batu sehingga mencetuskan ketakutan dalam kalangan jemaah untuk menunaikan solat.

“Malah ada dalam kalangan kami yang mahu mengunci pintu masjid ketika bersolat,” katanya di sini semalam.

Beliau berharap agar polis menjalankan siasatan terhadap tindakan itu dan memberkas mereka secepat mungkin.

Serangan itu berlaku ketika kumpulan Islamofobia memperoleh lebih banyak sokongan dan ‘kekuatan’ politik di benua Eropah termasuk serangan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand Mac lalu yang mengorbankan 51 nyawa.

Serangan anti-Islam di Jerman dilihat mencapai tahap yang membimbangkan sejak kebelakangan ini.

Malah, Setiausaha Agung Kesatuan Perhubungan Agama Turki-Islam (DITIB), Abdurrahman Atasoy turut menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan kebencian terhadap umat Islam ketika berucap pada majlis u­lang tahun ke-15 memperingati pengeboman Cologne, baru-baru ini. – AGENSI