May berkata demikian ketika menghadiri mesyuarat bersama ahli parlimen dari parti Konservatif yang berlangsung semalam.

Katanya, beliau akan melepaskan jawatan sekiranya rancangan Brexitnya, yang sebelum ini ditolak sebanyak dua kali, lulus pada undian ketiga yang dijangka dilaksanakan hujung minggu ini.

“Saya sedia melepaskan jawatan lebih awal daripada yang saya inginkan agar tindakan yang betul dapat dibuat untuk negara dan parti,” katanya.-AGENSI