Menurut pengarah kelahiran Thailand, Tom Waller, dia menumpukan kepada keaslian dan misi yang dijalankan ramai wira tidak didendang.

Katanya, filem itu menceritakan misi mencabar dihadapi pasukan keselamatan untuk mengeluarkan 12 kanak-kanak dan jurulatih dari Gua Tham Luang yang dinaiki air.

Kanak-kanak itu terperangkap lebih dua minggu dalam gelap sebelum penyelam menyelamatkan mereka dalam misi kompleks yang mana mereka dibawa menyelam melalui laluan bersimpul sementara dalam keadaan sedasi. - AFP