Raja Maha Vajiralongkorn telah memperkenankan senarai kabinet itu yang diumumkan dalam Warta Diraja hari ini.

Raja Thailand memberi perkenan selepas spekulasi selama berminggu-minggu yang menyaksikan parti-parti gabungan Prayuth yang terdiri daripada 19 parti saling berebut jawatan.

Dalam Kabinet baharu, Prayuth menamakan lima timbalan perdana menteri termasuk penyokong setianya dari kerajaan tentera iaitu Prawit Wongsuwan, Somkid Jatusripitak, Wissanu Krea-ngam.

Dua lagi timbalan perdana menteri ialah pemimpin Parti Demokrat Jurin Laksanawisit dan pemimpin Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul.

Democrat dan Bhumjaithai menyertai Parti Palang Pracharat (PPRP) yang menyokong Prayuth sebagai perdana menteri untuk membentuk kerajaan campuran.

Parti itu mendapat beberapa portfolio penting termasuk perdagangan, pengangkutan dan pelancongan.- BERNAMA