Ketua Polis Imigresen Sa Kaew. Kolonel Benchaphon Rotsawat berkata, kumpulan 32 lelaki dan dua wanita, termasuk beberapa bukan Muslim itu tidak diterima memasuki negara kerana beberapa sebab.

“Kumpulan ini mempunyai pasport dan dokumen perjalanan yang sah, namun gagal memenuhi peraturan imigresen termasuk tidak dapat memberikan maklumat mengenai tempat tinggal mereka di Thailand.

“Selain itu mereka tidak memenuhi peraturan membawa sekurang-kurangnya 20,000 baht untuk memasuki Thailand. Itu sebabnya mereka tidak dibenarkan memasuki negara,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Benchaphon berkata, semasa disoal siasat, pihaknya percaya kumpulan itu menggunakan Thailand sebagai transit untuk mencari pekerjaan di selatan Thailand dan juga Malaysia.

“Kami turut menemui nombor telefon yang kami percaya ejen mereka di Thailand dan Malaysia,” katanya. – BERNAMA