Pihak berkuasa Thailand berkata, selepas mengaku bersalah atas dakwaan konspirasi dan pelacuran, Anastasia Vashukevich, 27 bersama dua rakan senegaranya dan lima warga Rusia dihantar pulang ke negara masing-masing.

Vashukevich mengemparkan dunia pada Februari tahun lalu apabila menyatakan mempunyai rakaman suara beberapa jam berkaitan hubungan antara pihak Rusia dan Trump dalam pilihan raya 2016.

Model itu menawarkan untuk mengeluarkan rakaman itu sebagai pertukaran menjadi suaka di Amerika Syarikat namun tidak dibuktikan malah kemudian menyatakan tidak mahu mendedahkannya. - REUTERS