Lapor Tribunnews, Hori, 42, kini berputih mata apabila permintaannya untuk menebus kembali isterinya ditolak penerima gadai itu yang dikenali sebagai Hartono, 40.

Tambah malang, dalam usaha mendapatkan semula iste­rinya, Hori secara tidak sengaja bertindak membunuh individu lain yang disangkanya Hartono.

Hori yang berasal dari Desa Jenggrong dilapor menggadai isterinya yang hanya dikenali sebagai R kepada Hartono sehingga dia menebus semula kesemua wang yang dipinjamkannya.

Namun selepas setahun, Hori masih gagal membayar balik hutangnya dan bercadang untuk menebus isterinya dengan sebidang tanah.

Permintaan itu ditolak oleh Hartono yang bertegas mahu si peminjam membayar kesemua pinjaman secara tunai.

Kerana marah, Hori merancang untuk membunuh Hartono namun kerana terlalu mengikut perasaan dia bertindak membunuh Muhammad Toha, 34, yang disangka­nya Hartono.

Ketua Polis Lumajang, Muhammad Arsal Sahban menyifatkan kejadian menimpa Hori sebagai satu perkara yang cukup malang.

“Selain kes pembunuhan, saya amat sedih mendengar pengakuan pelaku yang menggadaikan isterinya.

“Kes ini bukan sekadar masalah pembunuhan, tetapi ada persoalan lain di sebalik tindakan pelaku menggadaikan isterinya.

“Peristiwa itu adalah di luar pengetahuan kita,” katanya.– AGENSI