Jurucakap tentera Selatan, Pramote Prom-In berkata, pada tengah hari Sabtu lalu, pihak berkuasa menahan suspek pemberontak, Abdulah Esormusor, 34, yang kemudian dibawa ke Pusat Tahanan Inkayuth di Pattani.

Dia ditemukan tidak sedar diri, kurang 12 jam selepas disoal siasat dan kemudian dibawa ke hospital ekoran bengkak pada otak. - AFP