PARIS 10 Jan. - Tentera Keselamatan Sudan menyerbu hospital bagi mencari mereka yang dirawat bagi kecederaan tembakan ketika protes terhadap Presiden Omar al-Bashir semalam.
Menurut Amnesty International, askar tersebut menembak dengan peluru hidup dan gas pemedih mata malah mengasari doktor serta pesakit ketika memasuki hospital di Omdurman pada Rabu lalu. - AFP