Pertemuan tersebut yang merupakan kali ketiga diadakan sejak pemerintahan Aung San Suu Kyi mengambil alih pada 2016, menyusuli perjanjian untuk membenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memasuki Rakhine bagi menilai waktu yang sesuai untuk pelarian kembali ke tanah air sendiri.

Menurut satu status yang dimuat naik di Facebook oleh pejabat Presiden Win Myint berkata, Suu Kyi dan Panglima Besar Min Aung Hlaing adalah antara 15 yang hadir dalam pertemuan hari ini di Naypidaw berkenaan.

Pertemuan tersebut merangkumi isu keselamatan negara dan hubungan antarabangsa termasuk krisis di negeri Rakhine selain pembentukan jawatankuasa siasatan di negeri itu.

Sebanyak 700,000 minoriti masyarakat Muslim melarikan diri melepasi sempadan ke Bangladesh selepas pihak tentera melancarkan penindasan kejam ke atas mereka pada Ogos lalu dan disifatkan sebagai ‘pembersihan etnik’ oleh PBB. -AFP