Perkara itu didedahkan Menteri Keselamatan Mali, Salif Traore kepada Radio France International hari ini.

“Tidak syak serangan tersebut (semalam) adalah serangan pengganas, namun, pasukan antipengganas telah menggempur lokasi persembunyian mereka serta membunuh lima daripada pengganas terbabit,” katanya.

Dalam serangan yang dilakukan sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali di resort Le Campement Kangaba itu, sekurang-kurangnya dua pelancong terbunuh manakala 36 penduduk tempatan termasuk 13 warga Perancis berjaya diselamatkan. - REUTERS